Jojo Tewas Kepada Estupinan Menerusi Keputusan Pengadil

24 Jan 2025 • 10:11 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Jojo Tewas Kepada Estupinan Menerusi Keputusan Pengadil

Rezeki nampaknya tidak memihak kepada penarung sensasi, Johan ‘Jojo’ Ghazali dalam pertarungan kali ini selepas beliau tewas kepada Johan Estupinan dalam ONE 170 sebentar tadi.

Dalam pertarungan tiga pusingan yang berlangsung di Bangkok itu, Jojo yang mewakili Rentap Muaythai Gym tewas menerusi keputusan pengadil.

Menentang Estupinan yang dianggap salah seorang pertarung baru paling menghiburkan untuk disaksikan, Jojo tetap berjaya menampilkan aksi pertarungan yang memukau mata penonton.

Malah, beliau juga berjaya mendaratkan beberapa tumbukan padu yang hampir menumbangkan Estupinan, terutamanya pada pusingan pertama.

Bukan rezeki, Jojo tewas kepada Estupinan menerusi keputusan pengadil

Namun begitu, Estupinan berjaya mengekalkan rentak dan rata-ratanya mengawal pertarungan sehingga ke pusingan penamat.

Tewas kepada Estupinan ini menjadi kekalahan keduanya dalam ONE Championship dengan kekalahan sebelum ini adalah ketika bertemu Nguyen Tran Duy Nhat dalam ONE167.

Jojo sudah pun turung ke gelanggang ONE Championship sebanyak lapan kali termasuk empat kali dalam ONE Friday Fight.

Ia sekaligus menjadikan rekod pertarungan Jojo setakat ini adalah 6-2.

image is not available

Masa depan Jojo sangat cerah dan banyak peluang untuk mencipta kejayaan

Apa pun, masa depan Jojo dalam arena pertarungan ini sangat cerah dan beliau masih memiliki banyak peluang untuk mencipta sejarah serta merangkul pelbagai kejuaraan selepas ini.

Untuk Jojo, anda sudah buat yang terbaik. Semoga kemenangan menjadi miliknya dalam pertarungan-pertarungan yang akan datang.

Sumber: ONE