Johan Ghazali Dinobat ‘Breakout Star Of The Year’ One Championship

29 Dec 2023 • 2:58 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Petinju Muaythai negara, Muhammad Johan Ghazali bin Zulfikar dinobat sebagai ‘Breakout Star Of The Year‘ One Championship pada usia 17 tahun.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh pihak One Championship menerusi laman Instagram mereka dengan memuat naik sebuah poster beserta wajah atlet berkenaan.

Johan Ghazali dinobat ‘Breakout Star Of The Year’

Johan Ghazali atau lebih dikenali sebagai Jojo telah menunjukkan prestasi cemerlang tanpa kalah di One Championship yang secara tidak langsung mnejadikan dirinya sebagai petinju mempunyai masa depan yang cerah.

image is not available

Netizen ucap tahniah!

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan tahniah buat Jojo dengan pencapaian yang dimilikinya pada usia muda.

image is not available image is not available image is not available

Semoga terus berjaya

Malah, ramai yang mendoakan agar Jojo meraih lebih banyajk pencapaian selepas ini dalam bidang tersebut dan sekaligus mengharumkan nama diri, keluarga dan negara.

image is not availableimage is not available

Terdahulu, Jojo berjaya menumpaskan Tabares dengan pukulan ‘knockout’ (KO) pada pusingan pertama dalam pertarungan ONE Fight Night 17 di Stadium Tinju Lumpinee, Bangkok, Thailand.

Dia turut memberitahu mahu jadi diri sendiri selepas dibandingkan dengan jaguh Muay Thai terkenal dari Thailand, Rodtang Jitmuangon susulan kemenangannya ‘knockout 36 saat’ ke atas Edgar Tabares.

image is not available

Sumber: Instagram @One Championship