Johan Ghazali Tegur Influencer Dan Selebriti Acah Fighter, Minta Jaga Etika Sukan Muay Thai

PoliticsSports
17 Aug 2025 • 1:08 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia johan Ghazali

Atlet Muay Thai terkenal, Johan Ghazali tampil meluahkan rasa kecewa terhadap fenomena influencer dan selebriti yang masuk ke arena muay thai tetapi tidak menjaga adab.

Dalam satu perkongsian di TikTok, Johan tidak berselindung apabila menegur keras penganjur dan individu terlibat yang dilihat mencemarkan imej sukan ini.

Johan tegur individu tak jaga etika muay thai

image is not available

Betul-betul memalukan la sekarang, zaman sekarang macam-macam influencer, selebriti, macam-macam orang yang acah nak jadi fighter. Training 2-3 minggu lepas tu nak naik ring. Okaylah, korang nak gaduh, nak acah jadi fighter suka hati korang lah buatlah apa korang nak tapi bila korang masuk dalam sukan muay thai tolong jaga etika, jaga adab.

Johan turut menyelar segelintir penganjur yang mengambil kesempatan menjadikan muay thai sebagai bahan marketing murahan tanpa memikirkan kesan buruk kepada masa depan sukan ini.

Jangan bawa perangai bangang dekat sini, lagi-lagi event organizer zaman sekarang kebanyakan tak ada etika. Sebelum korang nak buat marketing bangang korang, pakailah otak dulu. Boleh ke? Tak susah pun nak jaga adab. Make sure ada black and white, jangan suka hati pakai muka orang up poster sana sini, untuk marketing murahan korang tu.

Menurut Johan, dia faham jika ada fighter yang sertai acara sebegini kerana imbuhan wang yang lumayan.

Namun, dalam jangka masa panjang perkara ini hanya akan merosakkan nama muay thai di Malaysia.

Kepada fighter juga, okay aku faham event macam ni mungkin dapat banyak duit tapi macam mana kita sebagai sukan muay thai dan fighter Muay Thai nak maju di Malaysia kalau kita asyik join fight-fight bodoh macam ni, marketing murahan. Fight dengan selebriti, dengan influencer la apa. Sekali dua okay la tapi kalau dah melampau macam ni, dan bila organizer event influencer selebriti ni bawa perangai bangang kepada sukan ni, ianya merosakkan sukan.

Johan menegaskan dia berusaha keras menaikkan sukan ini supaya dihormati dan berharap pihak terlibat lebih menjaga etika.

Perkongsian penuh:

Pssttt! Luahan Johan ini memang ada benarnya. Kalau muay thai terus dijadikan bahan content dan marketing murahan, lama-lama orang tak lagi pandang ia sebagai sukan profesional. Harapnya penganjur, influencer, dan selebriti lebih hormat arena ini serta tidak rosakkan usaha yang dibina oleh atlet sebenar.

Kredit: TikTok Johan Ghazali
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.