Johan Ghazali terima pingat Ahli Bintang Sarawak

13 Aug 2026 • 5:35 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

Johan Ghazali terima pingat Ahli Bintang Sarawak

KUCHING – Atlet Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo, menerima pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak, Ahli Bintang Sarawak (A.B.S.), sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian dan sumbangannya dalam mengharumkan nama Sarawak di persada antarabangsa.

Pengurniaan itu disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, sempena Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak yang berlangsung di Dewan Besar, Astana Negeri Sarawak, hari ini.

Johan, yang mesra disapa Jojo, menerusi hantaran di Instagram menzahirkan penghargaan atas pengiktirafan berkenaan, selain bertekad untuk terus mengangkat nama Sarawak ke peringkat lebih tinggi.

Pengurniaan berkenaan turut menjadi pengiktirafan terhadap perjalanan karier Jojo sebagai antara bakat muda Muay Thai yang mencuri perhatian di peringkat antarabangsa.

Jojo sebelum ini mencipta nama menerusi aksi dalam gelanggang One Championship, sekali gus bukan sahaja mengharumkan nama negara, malah membawa nama Sarawak ke pentas dunia menerusi kariernya dalam arena Muay Thai.

The post Johan Ghazali terima pingat Ahli Bintang Sarawak appeared first on MYBERITA.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved