Johari nafi bakal ganti Anwar sebagai PM – “Kerajaan Perpaduan aman damai, jangan ganggu..”

LocalPolitics
17 Jul 2025 • 3:16 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menafikan spekulasi bahawa beliau bakal menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-11.

Sebaliknya, beliau menegaskan Kerajaan Perpaduan yang diterajui Anwar masih stabil dan tidak seharusnya diganggu oleh mana-mana pihak.

“Saya nak beritahu, Kerajaan Perpaduan ini aman damai dan jangan ganggu gugat.
“Kalau tak puas hati, tunggu pilihan raya akan datang,” katanya kepada media pada Khamis.

image is not available

Johari nafi bakal ganti Anwar

Johari mengulas dakwaan kononnya namanya disebut-sebut sebagai calon yang berpotensi mengambil alih kepimpinan negara susulan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin politik.

image is not available

Mengulas lanjut, Johari yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi turut menolak dakwaan bahawa beliau mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen UMNO untuk memegang jawatan itu.

“UMNO ada hanya 26 kerusi (Parlimen) sahaja,” jawabnya ringkas.

image is not available

Terdahulu, beliau menghadiri pertemuan bersama peniaga dan penduduk berhubung isu cadangan perobohan beberapa unit gerai di Blok E 16, Jalan 2/76, Desa Pandan.

Spekulasi berhubung perubahan kepimpinan negara kembali menjadi perhatian selepas timbul desas-desus mengenai peralihan kuasa di Putrajaya.

Sumber: Sinar Harian (Mohd Izzatul Izuan Tahir)