Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menafikan spekulasi kononnya beliau bakal menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-11.
Menurut Johari, kerajaan yang diterajui Anwar masih stabil dan tidak wajar diganggu oleh mana-mana pihak.
“Saya nak beritahu, Kerajaan Perpaduan ini aman damai dan jangan ganggu gugat. Kalau tak puas hati, tunggu pilihan raya akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desas-desus yang mengaitkan namanya dengan jawatan tertinggi negara itu.
Baca juga:
Mengulas lanjut, Johari yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi turut menolak dakwaan kononnya beliau mendapat sokongan Ahli Parlimen UMNO untuk menjadi Perdana Menteri.
“UMNO ada hanya 26 kerusi (Parlimen) sahaja,” jawabnya ringkas.
Sebelum ini, timbul desas-desus berhubung kemungkinan berlakunya perubahan kepimpinan negara susulan rasa tidak puas hati dalam kalangan beberapa pemimpin politik.
Nama Johari antara yang disebut oleh pemerhati politik sebagai calon berpotensi menerajui Putrajaya sekiranya berlaku peralihan kuasa.
Sumber: Sinar Harian
The post Johari nafi dakwaan bakal ganti Anwar sebagai PM ke-11 appeared first on The Reporter.


