

John Beasley Sentiasa Sedia Latih Azizulhasni Jika Belum Mahu Bersara
KUALA LUMPUR — Jika pelumba basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mahu kembali beraksi dan memilih untuk tidak bersara, ketua jurulatih, John Beasley memaklumkan dia bersedia untuk terus melatih pemain itu, lapor Astro Arena
Perkara itu dimaklumkan Beasley dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena.
Jelas Beasley, jika Azizulhasni memilih untuk mencuba sekali lagi dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028, ia bermakna karier pemenang pingat perak Olimpik Tokyo 2020 belum berakhir.

“Saya bermula dengannya pada awal mula kariernya dan saya menamatkannya pada ketika kita fikir ia merupakan penamat kariernya.
“Tetapi ia mungkin bukan penamatnya. Jika dia memilih untuk keluar daripada persaraan, saya akan sentiasa berada di sampingnya.
“Peranan saya adalah untuk menyokong semua yang berada dalam program kami.
“Dia seperti anak saya dan sudah pasti saya akan melakukan segalanya untuk membantunya,” ujarnya.
Pada minggu lalu, The Pocket Rocketman mengumumkan persaraannya sebaik tamat saingan Sukan Olimpik Paris 2024.
https://x.com/kamalnizamm/status/1823927727013158927?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1823927727013158927%7Ctwgr%5E6e3fc9a049c65c5f347d31032dff816bab5cfad6%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.stadiumastro.com%2Fsukan-lain%2Fjika-azizulhasni-belum-mahu-bersara-saya-sentiasa-di-sisinya-sebagai-jurulatih-john-beasley-270952
Dalam pada itu, isteri kepada Datuk Azizulhasni Awang iaitu Datin Athiah Ilyana Abd Samat turut berkongsi momen kepulangan suami tercinta di Instagram @tyailyana.
Difahamkan, Datuk Azizulhasni Awang kini pulang ke pangkuan keluarganya di Melbourne, Australia.
Ia selepas empat bulan berpisah dengan keluarga demi perjuangan memburu pingat di Sukan Olimpik Paris 2024.
Video yang dikongsikan turut memaparkan jaguh berbasikal negara itu disambut dengan tangisan kegembiraan oleh isteri dan anak-anak yang sekian lama memendam rasa rindu.
Bagi mereka, ia merupakan tempoh perpisahan yang paling lama pernah dilalui. Lebih menyentuh hati apabila anak bongsunya seakan tidak mengenali ayahnya sendiri kerana berjauhan sejak dari awal kelahirannya.
Perancangan Allah sentiasa lebih baik daripada perancangan manusia
Menerusi video yang berbeza, Datin Athiah turut meluahkan rasa syukur dan menyatakan rasa gembira menyambut kepulangan ketua keluarganya.
Pada masa yang sama, beliau turut berharap segala pengorbanan dan sumbangan yang dibuat suaminya menjadi inspirasi kepada generasi muda.
Sumber: Astro Arena
The post John Beasley Sentiasa Sedia Latih Azizulhasni Jika Belum Mahu Bersara appeared first on Siakap Keli.



