
Bintang sensasi Hollywood, Johnny Depp kembali menjadi perbualan dalam kalangan peminatnya baru-baru ini.
Bukan kerana karya tetapi peminat gembira selepas melihat penampilan terkininya, terutama pada bahagian gigi lapor Yahoo!.
Depp sebelum ini dikutuk kerana memiliki gigi dengan warna yang terlalu kuning. Penampilan gigi kuning Depp pada tahun lalu itu membuat ramai peminat bimbang dengan tahap kesihatannya selepas terlibat kontroversi perkahwinan dengan bekas isteri, Amber Heard.


