“Johor Akan Menjadi Negeri Pertama Tawar Gaji Premium Bermula RM4000 Hingga RM5000” – TMJ

LocalBusiness & Finance
6 Nov 2024 • 10:47 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Johor bertitah bahawa negeri Johor akan menjadi negeri pertama yang menawar gaji minimum sebanyak RM4000 dan RM5000 kepada pekerja berkemahiran tinggi.

Difahamkan, keputusan tersebut dilakukan menerusi penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JDTC) yang dilancarkan pada 3 November lalu.

Dalam pada masa yang sama, baginda bertitah kerajaan negeri menerusi Johor Pl Plantations Group Berhad (JPG) berjaya memeterai kerjasama dengan syarikat Jepun, Fuji Oil Pte Ltd bagi membina kilang penapisan minyak sawit serta lemak khusu di negeri tersebut.

Kerajaan Negeri Johor turut bertemu dengan 83 syarikat terkemuka di Korea Selatan untuk mempromosikan inisiatif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan bakal membawa pelaburan strategik bernilai kira-kira AS$190 juta ke negeri ini.

Baginda turut bertitah bahawa dengan projek-projek sedemikian, ia akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk Bangsa Johor dalam dalam beberapa tahun akan datang.

image is not available 1 week ago

Johor Bakal Buka Sekolah Khas Untuk Kanak-Kanak Autistik, Selaras Bajet 2025 Diumum Kerajaan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved