Johor Bahru dilanda banjir kilat

14 Feb 2023 • 8:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan di Larkin Perdana yang turut dilanda banjir kilat.- Foto tular (Kanan: Foto tular keadaan banjir kilat di Kampung Dato Hajah Hasnah Majidee yang berlaku pada petang Selasa.)

JOHOR BAHRU - Beberapa kawasan sekitar di Johor Bahru mula dinaiki air berikutan hujan lebat pada petang Selasa.

Menerusi beberapa video yang dikongsi di laman sosial memperlihatkan keadaan banjir yang berlaku di Larkin Perdana, Kampung Aman, Taman Sri Bahagia, Kampung Dato Hajah Hasnah Majidee dan Kampung Kurnia.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Haizrul Rahmad berkata, maklumat berhubung kejadian banjir di Kampung Aman diterima pada jam 4 petang.

Katanya, air parit telah melimpah keluar dan menyebabkan air tersebut masuk ke dalam rumah penduduk.

"Paras air dilaporkan lebih paras buku lali. Penduduk setempat dinasihatkan berpindah sekiranya keadaan membahayakan. Tiada pemindahan mangsa dilakukan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Sinar Harian difahamkan sehingga kini masih tiada pusat pemindahan dibuka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved