Johor Berbincang Bersama Grab Untuk Perjalanan Rentas Sempadan

TechnologyDigital
19 Jun 2025 • 1:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Menteri Besar Johor kini berkongsi mereka telah mengadakan pertemuan dengan pihak Grab dalam membincangkan beberapa perkara, termasuk menyentuh berkenaan potensi kerjasama rentas sempadan, sekaligus memudahkan pelancong di kedua-dua negara Malaysia dan Singapura untuk bergerak.

Perbincangan ini dilihat diadakan selari dalam usaha menjayakan kempen Tahun Melawat Johor 2026.

image is not available

Selain perbincangan berkenaan perjalanan rentas sempadan, ia turut dibincangan untuk mewujudkan sebuah platform gabungan digital dan fizikal dengan fokus memperkenalkan lokasi menarik dan wajib dikunjungi di Johor. Langkah ini dijangka akan memudahkan lagi pelancong dalam mendapatkan maklumat dan merancang perjalanan mereka dengan mudah.

Buat masa ini, perkara ini masih pada peringkat perbincangan, dan mungkin kita mendengar lanjut berkenaan dengan perkara ini dalam bulan-bulan akan datang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved