Grab Menolak Laporan Mengatakan Ingin Mengambil-Alih Syarikat Induk Gojek

TechnologyDigital
9 Jun 2025 • 11:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Grab kini mengeluarkan kenyataan rasmi, sekaligus menolak dakwaan mengatakan mereka dalam perbincangan untuk mengambil-alih GoTo. Grab menekankan mereka tidak terlibat dengan perbincangan bersama GoTo untuk tujuan pengambil-alihan.

Sebelum ini, ia hadir laporan mengatakan Grab dalam perbincangan untuk mengambil-alih GoTo, sekaligus membentuk salah satu syarikat internet gergasi di rantau Asia Tenggara. GoTo dinilaikan sekitar $7 bilion, dan penyatuan kedua-dua syarikat ini dijangka akan membawa kepada pengukuhan dalam arena seru-pandu mahupun penghantaran makanan di rantau Asia Tenggara, Indonesia khususnya.

Grab selain menolak dakwaan pengambil-alihan ini, mereka terus menekankan yang mana Indonesia merupakan antara pasaran penting untuk Grab, dan mereka akan terus menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan di sana.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved