
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini (15 Oktober) atas pertuduhan membunuh Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal pada awal Oktober.
Memetik Berita Harian, tertuduh berusia 16 tahun yang juga rakan sekelas Irene Sofiya hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mustaqim Sukarno.
Tertuduh Didakwa Bunuh Irene Sofiya Dalam Dewan SMK Dato’ Seth, Yong Peng
Mengulas lanjut, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh memandangkan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Berdasarkan pertuduhan, pelajar tersebut didakwa membunuh Irene Sofiya di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Seth, Yong Peng di Batu Pahat, Johor kira-kira jam 2.30 hingga 4.00 petang pada 3 Oktober lalu.
Tertuduh Berdepan Hukuman Mati, Penjara & Sebatan
Sehubungan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara bagi tempoh tidak kurang 30 tahun atau tidak melebihi 40 tahun sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati serta sebatan tidak kurang 12 kali.
Semasa prosiding itu berlangsung pagi ini, pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Juanita Mohd Said dan Firdaus Ruslan manakala tertuduh diwakili Suhaila Shafi’uddin dan Mohd Azlan Shah Mohd Allias.
Sebelum ini, pihak pendakwaan memohon mahkamah supaya menetapkan tarikh prosiding baharu susulan laporan bedah siasat dan forensik patologi yang masih belum diterima.
Mahkamah kemudian membenarkan permohonan pihak pendakwaan dengan kes disebut semula pada 22 Disember. Tiada jaminan ditawarkan terhadap tertuduh.
Baca Artikel Berkaitan: Kes Bunuh Irene Sofiya: “Saya Akan Terus Berjuang Agar Anak Saya Mendapat Keadilan” – Bapa [Video]
Irene Sofiya Ditemukan Terbaring Di Dewan Sekolah Dalam Keadaan Badan Dipenuhi Darah & Lebam
Irene Sofiya atau turut dikenali sebagai Fiya ditemukan terbaring dalam dewan sekolah dengan kesan darah kering pada tubuhnya. Mangsa juga dijumpai dalam keadaan lebam seolah-olah telah dipukul.
Polis Jumpa Besi Panjang Dibaluti Tali Leher Berdekatan Lokasi Kejadian
Susulan itu, polis telah menjumpai beberapa barang berkait kes di sekitar Yong Peng termasuk sebatang besi sepanjang kira-kira 96 sentimeter yang disyaki digunakan untuk memukul mangsa.
Semasa ia dijumpai, besi itu dibaluti tali leher berwarna biru pada bahagian hujung dipercayai dijadikan sebagai pemegang untuk memukul mangsa.
Trauma Objek Tumpul Punca Kematian Irene Sofiya
Berdasarkan laporan bedah siasat yang telah dijalankan, pukulan itu dipercayai mengenai bahagian kepala, tetapi terdapat juga kesan pukulan pada badan, tangan dan beberapa anggota tubuh mangsa.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar sebelum ini memaklumkan punca kematian Irene Sofiya disebabkan trauma objek tumpul di kepala atau blunt trauma to the head.
Baca Artikel Berkaitan: Punca Irene Sofiya Meninggal Dunia Kerana Trauma Tumpul Pada Kepala – Polis
Baca Artikel Berkaitan: Kes Bunuh Irene Sofiya: “Saya Peluk Fiya Sambil Ajar Ucap Kalimah Syahadah” – Nenek [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Kami Terima” – Keluarga Irene Sofiya Terima Jika Keluarga Suspek Datang Dengan Niat Baik






