Johor buka satu lagi PPS, mangsa banjir meningkat kepada 29 orang

6 Oct 2022 • 9:52 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

JOHOR BAHRU, 6 OKT: Satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Pontian iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Anom dibuka semalam menjadikan mangsa banjir kilat di Johor meningkat kepada 29 orang setakat 8 pagi ini berbanding 22 orang malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam satu kenyataan memberitahu PPS yang mula beroperasi pada 4 petang itu menempatkan 19 orang daripada empat keluarga melibatkan penduduk dari Kampung Parit Haji Mohamad Sanglang.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir yang masih ditempatkan di PPS SK Sungai Linau di Kluang yang menempatkan penduduk dari Kampung Sungai Linau menurun kepada 10 orang daripada dua keluarga pagi ini.

Banjir kilat di negeri itu berlaku berikutan hujan lebat yang turun melebihi dua jam sejak 10 pagi Ahad lepas.

-BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved