Johor, FAMA anjur program Jualan Kasih Johor di 29 lokasi tumpuan

1 Feb 2024 • 6:26 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan melaksanakan program Jualan Kasih Johor (KASIH) di 29 lokasi tumpuan di seluruh negeri itu, bermula Ahad ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip berkata program yang melibatkan lebih 300 usahawan tani itu dijangka memanfaatkan 140,000 penduduk dengan peruntukan sebanyak RM1.2 juta.

Beliau berkata antara komoditi makanan yang menjadi keutamaan menjelang Tahun Baharu Cina termasuk ayam, ikan, hasil laut, telur dan minyak masak selain tampungan harga menerusi Jualan Agro MADANI turut dibuat bagi sayur-sayuran serta buah-buahan.

“Kita sentiasa komited dalam membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat (antaranya) dengan pelaksanaan KASIH menerusi kaedah jualan secara tampungan atau potongan harga barangan keperluan makanan bagi komoditi terpilih terutama pada musim perayaan, selaras pengumuman Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam Belanjawan Johor 2024,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata orang ramai khususnya masyarakat Cina tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan keperluan dan makanan yang ditawarkan pada harga istimewa.

Zahari berkata program yang berlangsung selama enam hari akan disempurnakan oleh Menteri Besar pada 7 Feb di Pusat Rukun Tetangga Taman Johor di sini. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved