Johor perkukuh pendidikan, bantu capai status negeri maju

LocalPolitics
6 Nov 2026 • 12:24 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Johor perkukuh pendidikan, bantu capai status negeri maju

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri akan memperkukuh ekosistem pendidikan negeri ini bagi menyokong hasrat menjadikan Johor sebuah negeri bertaraf maju menjelang 2030.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pendidikan merupakan aspek penting yang ditekankan pihaknya bagi melahirkan modal insan berdaya saing dan berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang.

Menurut beliau, usaha itu selari titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang mahu kerajaan negeri terlibat sama dalam aspek pendidikan di negeri ini.

“Walaupun secara dasarnya pendidikan di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan, namun kerajaan negeri mengambil langkah proaktif bagi membantu membangun ekosistem pendidikan di negeri ini secara keseluruhan.

“Ini kerana pendidikan adalah aspek utama yang akan menyokong pembangunan negeri. Bagi merealisasikan hasrat menjadi negeri pertama di Malaysia yang mencapai taraf negeri maju, pendidikan perlu ditekankan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Apollo 2.0: Mencipta Era Baharu Kelazatan di Apollo Food Industries, di sini hari ini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri, Lee Ting Han.

Sementara itu, Onn Hafiz memuji komitmen syarikat berkenaan terhadap pembangunan sistem pendidikan negeri selepas menyumbangkan RM250,000 kepada dana pendidikan Johor.

“Kerajaan negeri memperuntukkan perbelanjaan besar bagi meningkatkan tahap pendidikan di negeri ini ke tahap antarabangsa. Sehubungan itu sumbangan daripada syarikat swasta amat dialukan.

“Hubungan dan kerjasama baik antara kerajaan negeri, syarikat swasta dan masyarakat setempat penting bagi menjayakan agenda Maju Johor 2030 yang sedang direncanakan ketika ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Johor perkukuh pendidikan, bantu capai status negeri maju appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved