Jojie Kongsi Rahsia Awet Muda, Bertenaga Dengan SEMANIS 

LocalHealth & Fitness
8 Apr 2025 • 8:06 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Jojie Aminuddin bertindak sebagai Pengasas Jojie Beauty, suaminya Syahrizal Haji Ismail (kanan), merupakan Pengarah Jojie Beauty dan Jay Rezal (kiri) juga menggalas jawatan Pengarah Jojie Beauty

Pengurus artis yang dikenali ramai, Rozita Aminuddin atau lebih dikenali sebagai Jojie baru-baru ini telah melancarkan produk minuman kesihatan terbaharunya 'SEMANIS By Jojie Beauty'.

Kecantikan dan keanggunan Jojie yang juga merupakan kakak kepada ratu rock negara, Ella memang menjadi perhatian kerana dia sentiasa tampil menawan, bertenaga dan awet muda biarpun usianya bakal menginjak ke 60 tahun.

Bukan sedikit yang bertanya tentang rahsia kecantikannya itu, dan situasi itu telah membuatkan Jojie terpanggil untuk menghasilkan minuman kesihatan bagi berkongsi manfaat kecantikan dan kesihatan yang diperolehi daripada bahan-bahan terbaik yang telah diamalkan sejak sekian lama.

SEMANIS adalah minuman kesihatan yang mengandungi campuran vitamin C, ekstrak Blueberi, Torula Yeast Extract, ekstrak kulat putih, habatussauda, halia dan bahan-bahan berkualiti tinggi lain. 

“Produk ini adalah hasil inspirasi saya sendiri. Saya terpanggil untuk berkongsi kebaikan dan rahsia kesihatan kulit serta tenaga yang dimiliki selama ini setelah ramai yang bertanya. Saya fikir mengapa tidak. Sekurang-kurangnya ia boleh membantu ramai wanita di luar sana untuk tampil lebih yakin dan menjalani rutin harian dengan lebih bersemangat. 

“Minuman ini adalah hasil gabungan bahan-bahan berkhasiat yang juga merupakan makanan ‘sunnah nabi’ yang telah saya amalkan sejak dulu. Kalau anda masih ingat, dulu saya pernah keluarkan minuman untuk kecantikan kulit bersama Ella, SEMANIS adalah versi yang lebih bagus,” ujar Jojie.

Mengulas tentang keberkesanan SEMANIS, Jojie memberitahu pengguna tidak perlu ragu-ragu tentang kualiti minuman ini memandangkan ia dihasilkan dengan melalui proses penyelidikan dan pembangunan yang ketat.

“Proses penghasilan SEMANIS bukanlah satu perjalanan mudah. Saya dan pasukan R&D (Research & Development) telah melalui pelbagai cabaran dalam menghasilkan formula yang tepat untuk memenuhi keperluan pasaran.

“Setelah melalui tempoh yang agak lama, akhirnya formula SEMANIS diluluskan. Antara ujian yang kami lakukan termasuklah ujian logam berat dan ujian mikrobiologi, untuk memastikan produk ini selamat digunakan tanpa sebarang pencemaran. 

“Pengguna boleh mengamalkan SEMANIS untuk mendapat manfaat yang didamkan iaitu kesihatan kulit terpelihara, serta meningkatkan tenaga untuk menjalani kehidupan yang serba sibuk,” ujar Jojie yang turut menekankan bahawa bahan-bahan yang digunakan dalam SEMANIS mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

SEMANIS By Jojie Beauty dijual pada harga RM65 sekotak dengan 15 sachet. Cadangan pengambilan adalah 1 sachet setiap hari. 

Bagaimanapun, jika anda kurang berkemampuan, boleh amalkan selang sehari.

Untuk yang berminat untuk mencuba sendiri minuman kesihatan ini, anda boleh menghubungi pasukan jualan mereka di talian +607 943 5743 atau melalui akaun media sosial @jojie.beauty! - Getaran, 8 April 2025