Jojo Menang, Tumpaskan Lawan Dengan K.O Di Pusingan Pertama ONE 168: Denver

7 Sep 2024 • 8:59 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jojo menang lawan Josue Cruz

Jojo Menang, Tumpaskan Lawan Dengan K.O Di Pusingan Pertama ONE 168: Denver. Jaguh muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar berjaya membawa kemenangan buat Malaysia apabila berjaya menewaskan lawannya dari Mexico, Josue Cruz dalam pertarungan ONE 168: Denver hari ini.

Dalam perlawanan berlangsung di Ball Arena di Denver, Colorado, Amerika Syarikat itu, Johan atau mesra dipanggil Jojo telah menumpaskan Cruz dengan pukulan K.O. di pusingan pertama!

image is not available
Jojo Menang, Tumpaskan Lawan Dengan K.O Di Pusingan Pertama ONE 168: Denver. Sumber gambar: FB Abe Joe

Jojo yang dilihat begitu bersemangat telah berjaya bengkit semula menebus kekecewaan selepas tewas kepada lawan berpengalaman dari Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat, Jun lalu.

Johan Ghazali juga bakal menerima ganjaran sebanyak USD50,000 (RM216,686) atas kejayaannnya memenangi perlawanan ini dengan menumbangkan Josue Cruz dari Mexico dengan keputusan TKO.

Tahniah diucapkan kepada Jojo!

Lagi artikel menarik menganai Jojo di sini:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved