Jojo ‘KO’kan Cruz, Bawa Pulang Hadiah RM216,699

7 Sep 2024 • 10:27 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jaguh Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo membuat kejutan setelah berjaya menumbangkan lawan dari Mexico, Josue ‘Tuzo’ Crus di gelanggang Ball Arena, Denver, Colorado, Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Difahamkan, Jojo telah menewaskan lawannya itu secara knockout (KO) pada pusingan pertama perlawanan ONE 168: Denver.

Kira-kira sepuluh saat sebelum pusingan pertama berakhir, Jojo telah memberikan tumbukan kepada lawannya yang kemudian terjatuh.

Kegagalan Cruz untuk bangkit semula menyebabkan beliau KO kepada Jojo.

image is not available
Jojo ketika dalam perlawan menentang petinju mexico, josue ‘tuzo’ crus.

Kemenangan tersebut membolehkan Jojo pulang dengan hadiah lumayan sebanyak AS$50,000 (RM216,699).

Kini, beliau telah memperoleh kemenangan 6-1 sejak bermulanya perlawanan.

Kemenangan Jojo dalam perlawanan tersebut juga berjaya menebus kekecewaannya selepas tewas dalam perlawanan dengan pesaing dari Vietnam, Tran Duy Nhat Nguyen sebelum ini.

Kekalahan itu merupakan kekalahan pertama Johan dalam karier profesionalnya sebagai seorang petinju Muay Thai.

Sumber: Kosmo Online

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.