Jojo sedia tebus maruah di ONE Fight Night 35

FootballSports
5 Sep 2025 • 8:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Johan akan beraksi menentang petarung Maghribi, Zakaria El Jamari di pentas ONE Fight Night 35 di Stadium Lumpinee, Thailand pada Sabtu. Foto Johan Ghazali IG

BINTANG sensasi Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar bertekad menebus kekecewaan lalu apabila turun menentang petarung berpengalaman Maghribi, Zakaria El Jamari dalam aksi Muay Thai flyweight ONE Fight Night 35 di Stadium Lumpinee, Thailand pada Sabtu (9 pagi waktu Malaysia).

Johan yang tewas tipis menerusi keputusan split decision kepada Diego Paez dalam pertarungan ONE Fight Night 32 pada Jun lalu, menganggap kekalahan itu sekadar halangan kecil dalam perjalanan kariernya.

“Ia pertarungan yang sengit, malah banyak pengajaran yang saya peroleh. Kini saya lebih bersedia,” kata petarung yang mesra disapa Jojo itu.

Mengulas mengenai lawannya, Johan, 18, menegaskan bahawa Zakaria tetap berbahaya dengan gaya agresif dan mempunyai pukulan yang padu.

“Dalam ONE Championship semua lawan berbahaya. Dengan sarung tangan kecil, satu pukulan mampu ubah segalanya.

“Kami sudah siapkan pelan mantap dan saya yakin dengan persiapan kali ini,” ujar Johan.

Untuk rekod, Johan yang mewakili Rentap Muay Thai Gym kini mengumpul enam kemenangan daripada sembilan pertarungan di pentas ONE Championship.

Sementara itu, Zakaria, 27, yang menjalani latihan rapi di Super League Gym dengan sokongan legenda Muay Thai, Superlek Kiatmoo9 menegaskan beliau bersedia mengejutkan Johan.

“Saya berlatih sangat keras. Pertarungan ini tidak akan berlangsung lama. Saya datang untuk perang dan buru KO,” tegasnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved