Jolokan nasi kayangan tular
Jolokan Nasi Kayangan Tular Dan Undang Pelbagai Reaksi Netizen Di Media Sosial. Rasanya semua tahu ekonomi kita sekarang macam mana, kan. Tapi, kadang-kadang ada juga yang sekadar berkongsi ketidakpuasan hati masing-masing di laman sosial. Namun, apa-apa yang kita kongsi di media sosial boleh mendatangkan pelbagai reaksi netizen yang memiliki pendapat mereka juga. Itu lumrah pada masa kini.
Satu perkongsian di laman sosial Facebook milik Nur Athirah telah tular dan mendapat banyak reaksi netizen kerana perkongsian beliau sangat berkait rapat dengan isu semasa ekonomi kita. Dengan jolokan ’nasi kayangan” kerana harga yang dikenakan seolah tidak setimpal dengan jumlah lauk yang diambil.

Pelbagai reaksi netizen yang setuju dan tidak bersetuju
Perkongsian 1 gambar lauk yang dibeli beserta resit ini telah tular dan menjadi perbualan hangat para netizen terutamanya di ruangan komen. Sudah pasti ada yang setuju, ada juga yang tidak. Malah ada yang mula membuka cerita membanding-bandingkan harga makanan ditempat lain namun dengan harga yang lebih murah.
Bagi yang tidak bersetuju dengan perkongsian nasi kayangan RM9.30 ini mereka beranggapan bahawa harga yang dikenakan sememangnya berpatutan. Dengan keadaan ekonomi kita tidak menentu, harga barang mentah pun mencanak naik, belum lagi harga sewaan tapak perniagaan. Semua ini diambil kira.

Namun sebaliknya bagi yang setuju, mereka merasakan bahawa lauk yang telah diambil oleh Nur Athirah tidak sepatutnya dikenakan harga RM9.30 kerana bagi mereka ada lagi tempat makan yang lain mengenakan harga yang lebih murah.

Jadi, rasanya cadangan terbaik cuba praktikkan membawa bekalan makanan masing-masing dari rumah. Tapi, jangan lupa juga sekali sekala sokong perniagaan makanan rakyat kita kerana mereka juga berusaha mencari rezeki.



