Tular Jolokan ’Nasi Kayangan’, Kongsian Wanita Ini Undang Kecaman Netizen Di Kuching

18 Sep 2022 • 4:23 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kongsian jolokan ‘nasi kayangan’ tular

Tular Jolokan ’Nasi Kayangan’, Kongsian Wanita Ini Undang Kecaman Netizen Di Kuching. Rasanya semua tahu ekonomi kita sekarang macam mana, kan. Tapi, kadang-kadang ada juga yang sekadar berkongsi ketidakpuasan hati masing-masing di laman sosial. Namun, apa-apa yang kita kongsi di media sosial boleh mendatangkan pelbagai reaksi netizen yang memiliki pendapat mereka juga. Itu lumrah pada masa kini.

Satu perkongsian di laman sosial Facebook milik wanita bernama Nur Athirah telah tular dan mendapat banyak reaksi netizen kerana perkongsian beliau sangat berkait rapat dengan isu semasa ekonomi kita. Dengan jolokan ’nasi kayangan’ kerana harga yang dikenakan seolah tidak setimpal dengan jumlah lauk yang diambil ini telah mengundang banyak kecaman netizen.

image is not available
Tular Jolokan ’Nasi Kayangan’, Kongsian Wanita Ini Undang Kecaman Netizen Di Kuching. Sumber gambar: FB Nur Athirah

Kecaman netizen banyak diruangan komen

Perkongsian 1 gambar lauk yang dibeli beserta resit ini dipercayai berlaku di Kuching dan telah tular serta menjadi perbualan hangat para netizen terutamanya di ruangan komen. Mereka mula mengecam. Sudah pasti ada yang setuju, ada juga yang tidak. Malah ada yang mula membuka cerita membanding-bandingkan harga makanan ditempat lain namun dengan harga yang lebih murah.

Bagi yang tidak bersetuju dengan perkongsian nasi kayangan RM9.30 ini mereka beranggapan bahawa harga yang dikenakan sememangnya berpatutan. Dengan keadaan ekonomi kita tidak menentu, harga barang mentah pun mencanak naik, belum lagi harga sewaan tapak perniagaan. Semua ini diambil kira.

image is not available
Tular Jolokan ’Nasi Kayangan’, Kongsian Wanita Ini Undang Kecaman Netizen Di Kuching. Sumber gambar: FB Nur Athirah

Namun sebaliknya bagi yang setuju, mereka merasakan bahawa lauk yang telah diambil oleh Nur Athirah tidak sepatutnya dikenakan harga RM9.30 kerana bagi mereka ada lagi tempat makan yang lain mengenakan harga yang lebih murah.

image is not available
Tular Jolokan ’Nasi Kayangan’, Kongsian Wanita Ini Undang Kecaman Netizen Di Kuching. Sumber gambar: FB Nur Athirah

Jadi, rasanya cadangan terbaik cuba praktikkan membawa bekalan makanan masing-masing dari rumah. Tapi, jangan lupa juga sekali sekala sokong perniagaan makanan rakyat kita kerana mereka juga berusaha mencari rezeki.

Kalau hal berkaitan dengan kedai makan dan makanan ini, memang banyak sangat. Jadi, boleh baca artikel berikutnya: