Jom Geng Singapura, Bergelak Tawa Dengan Sepahtu Reunion Live 30 November Nanti! - "Ada Cameo Anna Jobling & Maria Farida"

21 Nov 2024 • 7:56 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Setelah kejayaan luar biasa Sepahtu Reunion Live di Malaysia, penganjur utama Eventify Pte Ltd kini berbesar hati membawa gelombang komedi Malaysia ke Singapura! 

Sepahtu Reunion Live dijadualkan berlangsung pada 30 November 2024, jam 8 malam, di Arena Expo Hall 7.

Ketua Kandungan Saluran Astro, Raqim Ahmad berkata persembahan ini adalah sebahagian daripada usaha untuk menghargai peminat setia yang telah menyokong perjalanan karier kumpulan komedi ini sejak awal penubuhan mereka. 

"Setiap kali kami melakukan Sepahtu Reunion Live Tour, sorakan dan sokongan yang kami terima amat memberangsangkan. 

"Reaksi sebegini sentiasa memberi inspirasi dan mendorong kami untuk terus menganjurkan lebih banyak aktiviti bersama para peminat yang sentiasa menyokong Sepahtu. 

"Kali ini, kami terbangkan khas Sepahtu ke Singapura, supaya para peminat Sepahtu merebut peluang ini untuk merasai sendiri pengalaman menonton 'live comedy sketch show' yang amat digemari ramai ini," katanya.
 

Cameo Anna Jobling, Maria Farida











"Kami ingin memberikan persembahan yang akan membuat semua orang ketawa, dan kami percaya setiap orang di Singapura akan merasai kehangatan dan kegembiraan dari persembahan kami," kata mereka lagi.















View Original Article