Jom Ke Rumahku, Rayaku Gamuda Cove, Ada Cabutan Bertuah Hadiah Sehingga RM2,888*!

LocalSales & Promo
6 Apr 2026 • 1:52 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, untuk tahun ini juga Gamuda Land menjemput orang ramai beraya bersama-sama mereka.

Banyak aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung Rumahku, Rayaku at Gamuda Cove dalam penuh meriah dan warna-warni seperti berikut:

Rumah Terbuka Raya

image is not available

Bawa keluarga dan kawan-kawan beraya bersama-sama Gamuda Cove sambil menikmati juadah Raya yang terhidang selain menyertai pelbagai aktiviti menarik disediakan.

Turut disediakan adalah seperti booth Kopi Saigon, Pizza Hut, US Pizza, dan Terra Rasa yang akan menyajikan menu terbaik mereka. 

Bayangkan boleh nikmati pizza, kopi, nasi lemak dan banyak lagi ketika open house ni! Lebih mengujakan setiap dari jenama akan bawakan menu dicadangkan chef masing-masing untuk acara ini nanti.

Segala aktiviti di booth dan juadah disediakan adalah berdasarkan siapa cepat, dia dapat, sementara stok masih ada.

Warung Rasa Raya

image is not available

Nikmati suasana Raya dengan menu kegemaran ramai, keropok lekor dan apam balik. Sesuai untuk semua peringkat umur yang nak rasa vibe rumah terbuka di kampung.

Henna Touch Corner

Pengunjung juga boleh mencuba keunikan lukisan inai yang halus dan menarik dari henna artist disediakan. Pilihan corak moden dan tradisional tersedia untuk melengkapkan look Raya anda.

Bengkel Mozek Raya

image is not available

Tonjolkan kreativiti sekeluarga dengan aktiviti menyusun mozek aneka warna membentuk coaster minuman. Aktiviti menyeronokkan yang boleh mengisi masa lapang di samping menggalakkan bakat seni anak-anak.

 Bengkel Ketupat Kreatif

image is not available

Belajar cara menganyam ketupat dengan teknik mudah dan menyeronokkan. Pengalaman hands-on ini pasti beri kenangan Raya yang lebih bermakna. Mana tahu lepas ni boleh anyam ketupat sendiri untuk Raya?

Peluang Menang Cabutan Bertuah 

Jangan lepaskan peluang untuk sertai cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik seperti duit raya serta hadiah bernilai sehingga RM2,888* menanti pengunjung bertuah! (*Tertakluk terma & syarat)

Tarikh: 18 April 2026

Masa: 3 petang – 9 malam

Lokasi: Gamuda Cove Experience Gallery

Maklumat lanjut mengenai acara Rumahku, Rayaku, klik di SINI.

Alami Magical Cove penuh keajaiban

image is not available

Penat seharian beraya? Kenapa perlu susah-susah drive balik kalau ada Magical Cove. Di sini, tetamu berpeluang menginap di penginapan stail resort mana lagi kalau bukan Maya Bay Residences.

image is not available
image is not available

Istimewanya, bilik-bilik tersedia dalam pelbagai tema yang pasti akan membuatkan anak-anak teruja dengan ciri serta rekaan ditampilkan.

Nikmati khidmat shuttle percuma di sekitar Gamuda Cove dan diskaun makanan dan minuman di Townsquare Lifestyle Retail.

Kediaman moden pilihan keluarga, Mori Pines

image is not available

Sudah lama menyewa? Mencari-cari kediaman selesa untuk sambut Raya tahun depan? Mori Pines menampilkan pilihan kediaman moden terdiri daripada rumah teres dua tingkat dan juga cluster semi-D, direka untuk memenuhi keperluan gaya hidup keluarga masa kini. 

Dengan keluasan lot bermula daripada 20’ x 65’, 32’ x 70’ hingga 38’ x 70’, setiap unit menawarkan ruang yang praktikal dan selesa.

image is not available

Salah satu tarikan utama Mori Pines adalah lokasinya yang bersebelahan Central Park seluas 60 ekar. Kehadiran ruang hijau yang luas ini bukan sahaja memberikan pemandangan yang menenangkan, malah menjadi tempat ideal untuk aktiviti riadah bersama keluarga.

Kediaman di sini juga dilengkapi dengan infrastruktur solar serta sokongan untuk EV Charging Isolator, menjadikannya lebih bersedia untuk gaya hidup lestari dan penggunaan tenaga masa hadapan. Ciri ini memberi nilai tambah kepada pemilik rumah yang ingin beralih kepada tenaga hijau dan penggunaan kenderaan elektrik.

Bagi unit cluster semi-D pula, ia tampil lebih eksklusif dengan taman peribadi selebar 10 kaki. Ruang tambahan ini memberi peluang kepada pemilik untuk mencipta sudut santai sendiri, sama ada untuk landskap hijau, ruang bermain anak-anak atau kawasan rehat yang lebih privasi.

Bagi yang berminat, anda dijemput untuk berkunjung ke Gamuda Cove Experience Gallery bagi mendapatkan maklumat lanjut.

The post Jom Ke Rumahku, Rayaku Gamuda Cove, Ada Cabutan Bertuah Hadiah Sehingga RM2,888*! appeared first on Oh! Media.