Lelaki Terlantar Sakit Tapi Dah 3 Tahun Rakan-rakan Masih Datang Rumah Berbuka Puasa Bersama [Video]

11 Mar 2026 • 3:51 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kita sememangnya digalakkan untuk berkawan dengan semua orang, namun mencari sahabat yang sejati bukan perkara yang mudah.

Tidak semua yang akan sentiasa ada di saat susah dan senang, ada yang hanya mendekat sewaktu melihat kita insan berjaya, berduit dan sebagainya.

Namun sahabat yang sejati tidak sekadar muncul pada waktu senang, tetapi masih berada di posisi sama dikala susah bahkan menghulurkan bantuan mengikut kemampuan.

Begitulah kasih sayang di antara sahabat yang saling menghargai dan ikhlas dalam hubungan tersebut.

Sekumpulan rakan berbuka puasa sama-sama dengan sahabat yang sakit

Perkara sama turut dilakukan oleh sekumpulan lelaki ini, apabila mereka masih datang menziarah dan berbuka puasa bersama-sama meskipun sahabatnya sedang diuji dengan kesakitan.

Menerusi video yang dikongsikan di Threads oleh Shahirul, kelihatan dia dan rakan lelaki yang lain telah berkunjung ke rumah sahabatnya, Adam Muiz untuk berbuka puasa bersama-sama.

Dalam video yang dikongsikan, turut dapat dilihat mereka membawa pelbagai jenis makanan serta kuih-muih untuk dimakan ketika berbuka puasa.

Antara makanan yang dihidang seperti:

  • Roti john
  • Kuih pelita
  • Buah tembikai
  • Donut
  • Texas chicken
  • Karipap dan banyak lagi

Turut tunjuk keadaan kawan yang sakit di atas katil

Di video yang sama, Shahirul turut menunjukkan keadaan rakannya Adam Muiz yang berada di atas katil pesakit.

Meskipun tahu Adam tidak berada dalam keadaan yang sihat dan terlantar, namun mereka dilihat begitu mesra dan gembira untuk berbuka puasa bersama-sama dengan rakannya itu.

Bahkan mereka turut merakamkan momen indah dengan mengambil foto bersama dengan Adam sebagai kenangan selain turut berbual dengannya.

Usai berbuka puasa bersama, mereka juga menunaikan solat berjemaah.

“Tiga tahun dah kita berbuka sama Dam. Semoga ada sinar baru dan cepat sihat Adam Muiz,” kata Shahirul di ruang kapsyen.

View on Threads

Ramai terharu lihat semangat ‘brotherhood’

Melihat di ruangan komen, ramai yang terharu melihat kearaban kumpulan lelaki tersebut sebagai sahabat.

Malah ada yang mengatakan Adam seorang yang beruntung kerana mempunyai rakan-rakan yang prihatin dengannya.

Ada juga menyifatkan Adam pasti seorang rakan dan anak yang baik kerana dikelilingi dengan kawan-kawan yang bagus.

Tidak kurang ada juga yang sebak melihat ukhwah yang terjalin antara mereka serta mendoakan yang terbaik untuk kesihatan Adam Muiz.

“Beruntungnya seorang Adam. Sihatkanlah dia, supaya dia dapat peluk semua kawan-kawan setia dia ni”

image is not available

“MashaAllah. Sukanya tengok kalau orang lelaki bersahabat dan berukhwah. Ikhlas dia tu rasa sampai sini”

image is not available
“Orang lelaki memang macam ni kan? Adik akak ada crowd macam ni. Sorang dari dorang kena kanser tulang. Dari awal sakit sampai lah dah meninggal kawan dia orang tu, dia orang masih santuni mak kawan dia orang. Sedih pulak ingat balik”
image is not available

“Bestnya ada kawan-kawan macam ni”

image is not available