Leapmotor C10 Malaysia: Perbandingan harga 5 SUV elektrik setara dengannya

LocalCars
17 Oct 2024 • 8:22 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

image is not available

Malaysia hari ini terima satu lagi jenama EV baru iaitu Leapmotor. Lebih menarik, Malaysia adalah negara Asia Tenggara pertama yang ditembusi Leapmotor untuk lancarkan EV ini. Model pertama yang mereka lancar adalah Leapmotor C10. Ia adalah sebuah SUV elektrik yang ada wheelbase macam Proton X90. Jadi anda boleh jangka ruang dalam yang luas.

Harga jualan Leapmotor C10 di Malaysia

Sebelum pergi lebih dalam bahagian spesifikasi, ini maklumat tentang penjualannya. Tempahan untuk memiliki Leapmotor C10 sudahpun bermula. Harganya untuk pasaran Malaysia adalah RM159,000.

image is not available

Namun, kalau tempahan dibuat sekarang sehingga November 2024 ini, penempah boleh menikmati harga istimewa RM149,000. Berikut adalah harga jualan model-model pesaing yang setara dengannya.

Setiap unit Leapmotor C10 dilindungi jaminan 6 tahun/150,000km dan untuk komponen bateri, ia dilindungi jaminan 8 tahun/160,000km. Untuk mudahkan orang ramai lakukan penyelenggaraan berkala, sebanyak 18 pusat servis dibuka di seluruh Malaysia, termasuk 1 di Sarawak dan tiada di Sabah.

Spesifikasi Leapmotor C10 di Malaysia

Leapmotor C10 adalah SUV elektrik pacuan roda belakang. Untuk pasaran Malaysia, motor elektrik yang dipasang di gandar belakang SUV ini mampu keluarkan kuasa 160kW (214hp) dengan tork pada paras 320Nm.

image is not available

Pencutan daripada pegun ke 100km/j kereta ini mengambl masa 7.5 saat dengan kelajuan maksimum dihadkan kepada 170km/j.

image is not available

Di bahagian tangki tenaga, Leapmotor C10 membawa bateri berkapasiti 69.9kWh bersama-samanya. Berbekalkan bateri ini, jarak kembaranya diiklankan sebagai 424km mengikut piawaian WLTP. Apabila perlu diisi, ia menerima arus DC pada paras 84kW dan boleh diisi 30% ke 80% dalam masa 30 minit. Ia juga terima arus AC pada paras 6.6kW.

image is not available

Nak tahu lebih lanjut tentang Leapmotor C10, anda boleh tonton video pandu uji kami.

image is not available