
Beberapa minggu sahaja lagi tahun 2022 bakal melabuhkan tirai, pastinya ramai dah buat perancangan untuk menyambut ambang tahun baharu 2023.
Selalunya acara tumpuan adalah countdown tahun baharu serta pertunjukan bunga api yang biasanya diadakan di beberapa tempat tumpuan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Buat yang masih tercari-cari tempat untuk sambut ambang tahun baharu, min nak kongsi acara yang best untuk korang pergi bersama orang tersayang atau pun kawan-kawan.
Grand Wave New Year 2023
Bakal berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon pada 31 Disember ini, Grand Wave New Year 2023 sememangnya merupakan acara yang dinanti-nantikan oleh orang ramai menampilkan barisan DJ dan artis terkemuka, bukan sahaja tempatan malah antarabangsa.

Disebabkan line-up artis yang akan membuat persembahan pada acara ni bukan calang-calang, maka jualan tiket ‘early bird’ sudah habis terjual.
Nak tahu siapa yang akan buat penampilan pada Grand Wave New Year 2023 kali ini? Berikut adalah main lineup artis untuk acara tersebut :
Alan Walker
@alanwalkermusic Where were you? #faded #concert ♬ original sound – Alan Walker
Mula mendapat perhatian global menerusi ‘Faded’ pada tahun 2015, yang sehingga kini telah mendapat lebih tiga bilion tontonan di Youtube, Alan Walker merupakan DJ yang kini menduduki tangga ke 17 dalam ranking terbaharu yang dikeluarkan DJ Mag.
Beliau ini bukanlah nama asing dalam industri hiburan terutamanya muzik EDM, malah ramai mengenalnya dengan imej yang sentiasa memakai topeng dan hoodie ketika membuat persembahan.
R3hab

Menduduki tempat ke 13 dalam ranking DJ Mag, R3HAB memulakan kariernya pada akhir tahun 2007 dan telah menghasilkan dua album studio penuh.
Dari segi adunan lagu, R3hab telah mengadun semula lagu untuk ramai artis terkenal, termasuk 5 Seconds of Summer, Katy Perry, Lady Gaga , Taylor Swift, Rihanna, Rammstein, Steve Aoki dan ramai lagi.
Havana Brown

Havana Brown atau DJ Havana Brown, ialah seorang DJ, penyanyi, penerbit rekod, penulis lagu dan penari Australia.
Memulakan debutnya sebagai artis rakaman pada tahun 2011 dengan single “We Run the Night”, dan telah mendominasi Carta Perseorangan ARIA Australia serta menerima anugerah platinum sebanyak tiga kali oleh Persatuan Industri Rakaman Australia (ARIA).
Single itu juga menyebabkan Brown mendapat dua pencalonan Anugerah Muzik ARIA untuk Single Artist Breakthrough dan single terlaris.
Mariana Bo
View this post on Instagram
Berasal dari Mexico, Mariana BO memberi nafas baharu kepada muzik elektronik dengan menggabungkan rentak dengan biola!
Dengan gabungan rentak tarian dan muzik biola yang luar biasa, Mariana telah mencipta nama menerusi beberapa tour serta berkongsi pentas dengan David Guetta, Hardwell dan ramai lagi!
RayRay

RayRay, DJ yang berasal dari Taiwan ini baru sahaja melancarkan karya sulungnya, bertajuk “Unearthly World” yang membawa pendengar dalam perjalanan melalui pelbagai genre dan tema.
RayRay atau nama sebenarnya Chao Hsin-lei, dalam tempoh yang singkat telah menjadi salah seorang artis terbesar di Taiwan. Sebagai seorang DJ dan penerbit, dia merupakan antara yang paling cepat untuk berjaya membuat persembahan di pesta muzik terkenal seperti Glastonbury, Tomorrowland, ADE, Sonar dan Arcadia.

Untuk pengetahuan semua, selain daripada 5 artis utama ini, ada ramai lagi artis tempatan dan Asia Tenggara yang akan membuat persembahan seperti Joe Flizzow, Sonaone, Yonnyboi, Iron Boy (Thailand), Prada (Thailand) dan juga Ben Utomo (Indonesia), dengan opening act oleh Jakeman.
Acara Grand Wave New Year 2023 ini akan bermula jam 6 petang, 31 Disember dan tiket dah mula dijual di TicketCharge :
RM288 (GA Zone)
RM388 (Rock Zone)
RM488 (Zone VIP)

Untuk maklumat lanjut, korang boleh tengok dekat Facebook Rasmi Grand Wave atau laman web diorang dekat sini.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.




