Jom Sendu Bersama, Konsert Tentang Kita Ini Bakal Diadakan Bulan September Ini

27 Jul 2022 • 3:49 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

“Malam yang akan diingati oleh yang tersakiti”

Jom Sendu Bersama, Konsert Tentang Kita Ini Bakal Diadakan Bulan September Ini. Apabila anda patah hati atau sedih, pasti anda lebih memilih untuk tenggelam dalam kesedihan dengan mendengar lagu-lagu sedih dan sendu.

Menghilangkan rasa sedih dalam diri merupakan langkah penting dalam mengatasi stress atau kehilangan sesuatu. Betul tak? Oleh itu, di sini kami ingin memberitahu bahawa anda boleh mengikuti konsert yang bakal diadakan pada bulan September ini bertempatkan di Dewan Sri Rampai.

image is not available
Sumber gambar: IG @tentangkitakch

Kalau nak merasa hari ‘galau’ beramai-ramai, inilah masanya

Di sini, anda boleh menghayati lagu-lagu Malaysia dan Indonesia yang bakal dipersembahkan oleh 6 orang artis lokal yang berbakat. Antaranya adalah Ir Radzi, Bai, Alvin Allaster, Lydia, Alner dan juga penyanyi kesukaan ramai, iaitu Bob Yunus!

image is not available
Jom Sendu Bersama, Konsert Tentang Kita Ini Bakal Diadakan Bulan September Ini. Sumber gambar: FB Bob Yunus

Penyanyi yang dikenali dengan lagu popularnya iaitu Sempurna Waktu, Ir Radzi telah dijemput untuk menyanyikan beberapa lagu hits yang pastinya membuatkan anda terkenang dengan memori dulu-dulu. Sesiapa yang mengenali beliau, pasti kenal dengan suaranya yang lunak dan merdu ini.

image is not available
Jom Sendu Bersama, Konsert Tentang Kita Ini Bakal Diadakan Bulan September Ini. Sumber gambar: FB Ir Radzi Official

Siap sedia untuk beli tiket di tempat yang telah disenaraikan!

Kesemua artis lokal ini berbakat atas kemerduan suara mereka yang mampu mengusik jiwa anda dikala anda tengah ‘galau’.

Bagi anda yang berminat untuk turut serta konsert ini, tiket mula dijual bermula 12 Ogos hingga 14 Ogos ini pada harga RM45 per orang. Berikut adalah senarai tempat di mana anda boleh dapatkan tiket anda!

  • Wayne Cafe
  • Manokbeast (RJ Cafe)
  • Takoboi, Open Air

Lagi konsert dan gig yang menarik bakal diadakan pada tahun ini. Baca pautan di bawah: