Jom Tengok kereta smart Di Sunway Pyramid, Mana Tahu Berkenan!

LocalCars
16 Oct 2024 • 8:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

smart Malaysia kini mengadakan smart Tour Brand Roadshow di pusat beli-belah Sunway Pyramid, Petaling Jaya bermula hari ini hingga 20 Oktober 2024.

Seperti mana sedia maklum, smart Tour ini adalah sebahagian daripada inisiatif jelajah seluruh negara untuk mempamerkan kenderaan elektrik smart #1 dan smart #3.

image is not available

Pameran kereta elektrik itu sebenarnya bertujuan untuk memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyelami lebih lanjut mengenai kereta elektrik smart.

Untuk itu, smart Malaysia turut menyediakan sesi pandu uji eksklusif bagi model smart #1 dan smart #3.

image is not available

Selain itu, smart Malaysia juga memperkenalkan kempen menarik WATT-A-Deal, yang menawarkan penjimatan sehingga RM34,000 untuk smart #1 dan sehingga RM15,000 untuk smart #3.

Bagaimanapun, tawaran eksklusif ini tersedia untuk masa yang terhad sahaja.

Lebih menarik, peraduan ‘WATT’s Your Next Destination with smart’ juga dibuka kepada semua untuk memenangi kredit TNG e-Wallet sebanyak RM50 dengan berkongsi destinasi perjalanan impian mereka di Facebook.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang: https://my.smart.com/#.