Jony Ive Dan Sam Altman Dilaporkan Sedang Membangunkan Sebuah Peranti AI

TechnologyDigital
27 Sep 2023 • 12:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Lama kita tidak mendengar berita mengenai Sir Jony Ive sejak beliau tidak lagi bersama Apple. Menurut laporan The Information pereka produk Apple yang ikonik ini sedang bekerjasama dengan pengasas OpenAI Sam Altman untuk membangunkan sebuah peranti kecerdasan buatan (AI).

image is not available

Apakah sebenarnya kegunaan produk yang direka ini masih lagi misteri dengan ia turut melibatkan pengasasn Softbank Masayoshi Son. Juga tidak diketahui sama ada peranti ini hanya sekadar perbincangan tanpa perancangan untuk menjualnya sebagai produk sebenar. OpenAI ialah syarikat perisian AI yang tidak pernah menawarkan sebarang produk fizikal.

Penglibatan Sir Ive adalah menarik perhatian kerana beliau bertanggungjawab mereka iPhone, iPad, iPad, iMac, dan Apple Watch. Kesemuanya merupakan produk baharu untuk Apple yang kemudiannya menawan dunia sebelum menjadi ikutan pengeluar lain.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved