Josue tidak hirau status ‘kuda tua’

1 Aug 2026 • 9:36 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Josue tidak hirau status ‘kuda tua’

PETALING JAYA: Faktor usia bukan penghalang buat Paulo Josue untuk kekal sebagai senjata ‘pembunuh’ Harimau Malaya menjelang aksi getir menentang Thailand dalam saingan Kumpulan B Piala ASEAN 2026 di Stadium Rajamangala, malam ini.

Selepas dua perlawanan, penyerang naturalisasi berusia 37 tahun itu meletakkan dirinya sebagai penjaring terbanyak buat Malaysia setakat ini dengan tiga gol.

Pemain kelahiran Brazil itu, meledak dua gol ketika membantu Malaysia menewaskan Myanmar 2-1 di Stadium Thuwunna sebelum membuka tirai jaringan ketika kemenangan bergaya 4-0 ke atas Laos di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Selasa lalu.

Berdasarkan kualiti dan prestasi cemerlang ditunjukkan Josue, dia dijangka sekali lagi menjadi sandaran jurulatih sementara Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe untuk membawa keputusan positif di Bangkok.

Menurut Josue, kepercayaan penuh yang diberikan oleh Cheng Hoe menjadi dorongan utama untuknya terus mempamerkan aksi terbaik walaupun kini berada di penghujung karier.

“Bagi saya, perkara paling penting ialah cara jurulatih mengendalikan pasukan. Beliau menunjukkan kepercayaan yang sangat besar terhadap saya dan saya amat gembira dapat bekerja di bawah bimbingannya.

“Kepercayaan seperti ini penting untuk semua pemain tanpa mengira usia. Pemain muda juga menerima keyakinan yang sama daripada jurulatih dan ia membantu mereka berkembang.

“Saya bersyukur kerana beliau memberi kepercayaan kepada saya untuk beraksi serta memimpin pasukan sebagai kapten. Syukur, setakat ini semuanya berjalan dengan baik,” katanya.

Mengulas pertemuan dengan Thailand, Josue menjangkakan Harimau Malaya bakal berdepan cabaran lebih sukar, namun yakin pasukan memiliki kemampuan untuk sekurang-kurangnya mengutip satu mata.

“Kami perlu pergi ke sana dan bekerja keras. Kami sudah mengumpul enam mata serta masih berada di tangga teratas kumpulan, jadi keputusan seri di sana juga bukan sesuatu yang buruk.

“Kami perlu mempamerkan permainan terbaik, mengikut perancangan jurulatih dan melaksanakan apa yang dimahukan beliau. Selepas itu kami akan cuba membawa pulang mata,” ujarnya.-UTUSAN

The post Josue tidak hirau status ‘kuda tua’ appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved