Joy RED VELVET Dilamar Sertai Kim Hyeyoon Dalam Drama Rom-Kom ‘The Year We Turned 29’

Entertainment
7 Jun 2024 • 11:24 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Joy dilapor akan kembali dengan drama baru!

Menurut laporan media, Joy RED VELVET telah diberikan tawaran untuk menjadi salah seorang watak utama dalam drama “The Year We Turned 29”.

Diadaptasikan dari webtoon dengan tajuk yang sama, drama yang bertemakan romantik komedi ini mengisahkan tentang perjalanan kehidupan 3 orang individu yang berkongsi nama yang sama.

Dari dugaan kerja, hubungan cinta sehingga ujian peperiksaan, semua kesukaran hidup yang dilalui oleh ketiga-tiga individu yang bernama Woo-ri ini akan dikongsikan kepada penonton.

Dalam drama ini, Joy dilaporkan akan memegang watak sebagai Cha Woo-ri. Seorang pramugari yang mempunyai kecenderungan untuk dikhianati oleh orang lain. Malah, dia juga merupakan seseorang yang sangat cintakan duit.

Namun begitu, agensi Joy iaitu SM Entertainment masih lagi belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai tawaran tersebut.

Sementara itu, Kim Hye-yoon juga dilaporkan telah diberikan tawaran untuk membintangi drama yang sama.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.