Joyce sertai kejohanan di Jakarta

15 Aug 2022 • 12:48 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Orang kuat wanita Sabah Joyce Heng akan mengambil bahagian dalam acara terbuka orang kuat wanita POKSI Merdeka di Jakarta pada 27 Ogos.

Ini akan menjadi kejohanan antarabangsa pertamanya sejak beliau memenangi gelaran terbuka di Filipina pada 2019 sebelum pandemik melanda.

Walaupun lama berehat, atlet berumur 36 tahun dari Penampang itu menyasar-kan kedudukan tiga teratas.

“Ia tidak mudah selepas begitu lama tidak menyertai pertandingan. Bagai-manapun saya sentiasa mengekalkan kecergasan dan berlatih sebaik mungkin. Sasaran saya adalah tiga tempat teratas dan diharapkan saya akan mencapainya,” katanya.

Joyce yang berada di ranking ke-16 dunia ketika ini berada di ranking pertama di negara ini dan di Asia serta di tangga teratas dalam ranking Static Monster World.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Pembantu Menteri Belia dan Sukan Andi Muhd Suryady Bandi atas bantuan kewangan untuk menyokongnya ketika beliau mengadakan kunjungan di pejabatnya pada Rabu lalu.

Sementara itu, beliau mendedahkan bahawa beliau juga akan membuat penampilan sulung di Kejohanan Olahraga Master Sabah ke-10 yang dijadualkan bermula hujung minggu ini di Stadium Likas.

“Saya akan mengambil bahagian dalam acara lempar cekera, lontar lembing dan lontar peluru. Ia sesuatu yang saya tidak lakukan sejak 17 tahun lalu. Saya harap saya akan melakukan dengan baik dan dapat mewakili Sabah di kejohanan akan datang,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.