JoZan Is Back! Peminat Tak Sabar Nak Tengok Filem Gabungan Duo Pelawak Popular - “Tak Fasal Saya Nak Kena Tunggu Lama…”

5 Aug 2024 • 5:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Setelah dua tahun, gabungan ‘JoZan’ iaitu pelawak dan pengacara Zizan Razak dan Johan bakal kembali ke layar perak menerusi filem ‘Baik Punya Ah Long’.

Netizen Teruja

Malah video teaser filem terbitan Astro Shaw itu yang dimuat naik di Instagram turut mendapat perhatian warga maya yang meluahkan rasa teruja.

 

“Tak fasal-fasal saya nak kena tunggu lama. Esok nak tayang, hari ini announce tak boleh ke? Ha? Tak boleh?

 

“MEREKA KEMBALI, LET THEM COOK.

 

“Jozan is back!” komen beberapa warga maya.

 

Filem arahan pengarah Datuk Adflin Shauki itu akan ditayangkan di pawagam pada 12 September depan.

Sinopsis

 

Filem ‘Baik Punya Ah Long’ menceritakan kisah dua beradik yang diminta oleh bapa angkat mereka untuk memulakan perniagaan, tetapi mereka sebenarnya tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang perniagaan.

 

Mereka memulakan perniagaan meminjam wang, namun demikian mendapat tentangan oleh beberapa 'Ah Long' yang lain.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved