JPA Dedah Cuti Bukan Hak Pekerja, Hanya Satu Kemudahan

1 Mar 2024 • 2:31 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dedah cuti hanya satu keistimewaan atau kemudahan yang diberikan kerajaan kepada penjawat awam.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Jabatan tersebut di laman Facebook rasminya, pihaknya memaklumkan perkara tersebut kepada kakitangannya berkaitan peruntukan cuti.

JPA dedah cuti hanya satu kemudahan

image is not available

“Ramai yang mempunyai persepsi yang salah tentang cuti. Mereka beranggapan cuti ini merupakan hak mereka. Tidak, cuti bukan hak kita.

“Cuti adalah satu keistimewaan atau kemudahan yang diberikan oleh kerajaan kepada anggota perkhidmatan awam.

“Jadi, rujuklah pekeliling Perintah Am 7 hingga 11 Bab C (Cuti) dan MyPPSM SR.5.1.1 untuk mengetahui lebih lanjut tentang cuti rehat tahunan,” katanya.

image is not available

Susulan itu, JPA menyeru kepada para pekerja supaya merancang cuti dengan baik bagi memudahkan urusan jabatan masing-masing.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh JPA malah, ada segelintir mempersoalkan tujuan hantaran tersebut.

image is not available image is not available

Sumber: Facebook @Jabatan Perkhidmatan Awam