“Bukan saya pengantinnya” – [VIDEO] Dah Siap Pakaikan Baju, ‘Groomstylist’ Terkedu Rupanya Salah Pengantin

Entertainment
23 Feb 2024 • 12:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Beberapa hari kebelakangan ini, tular satu video dari negara jiran yang telah mencuit hati netizen ramai. Video tersebut memperlihatkan individu yang menatarias seorang pengantin lelaki.

Sedang sibuk menyiapkan pakaian dan memakaikan aksesori, lelaki yang dipercayai pengantin itu hanya ‘tadah badan’ sahaja membiarkan diri dipersiapkan sambil bertanyakan kepada groomstylist berkenaan dengan pakaian itu adalah untuk pengantin atau tidak.

Jurusolek atau groomstylist itu mengiyakan pertanyaan lelaki tersebut sebelum dijawab semula bahawa dia bukanlah pengantinnya, rupa-rupanya lelaki yang dipersiapkan itu adalah adik kepada pengantin lelaki.

Groomstylist tersebut dilihat terkedu sebelum terpapar gambar pengantin asal dan si adik ini. Dilihat kedua-duanya memiliki wajah yang mirip dan mungkin itu yang membuatkan groomstylist tersebut jadi keliru.

Menjengah ke ruangan komen ramai netizen yang geli hati melihatnya dan geram dengan perangai si adik pengantin yang hanya membiarkan diri dipersiapkan tanpa memberitahu dari awal. Sebab jika diperhatikan, lelaki yang disangka pengantin itu telah siap disolek dan dipakaikan baju pengantin.

image is not available image is not available

Aduihai, blur sangat ni sampai semua benda main ikut je.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.