JPA Digegar Gangguan Mistik, Panggil Ustaz Jalankan Pembersihan Dan Ruqyah Malam Ini

19 Aug 2025 • 6:15 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Baru-baru ini, sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya dikecohkan dengan kejadian gangguan entiti seram yang tular di media sosial.

Rakaman video dan gambar yang dikongsi pengguna Threads menunjukkan kelibat makhluk berambut panjang berkain putih, berdiri tegak di sebalik cermin sambil menatap kosong, sekali gus mencetuskan rasa seram dalam kalangan netizen.

Bukan itu sahaja, entiti berkenaan didakwa membuat bising serta menggerakkan papan tanda “laluan kecemasan” berulang kali, hinggakan pejabat berkenaan terpaksa memasang alunan ayat suci al-Quran di pembesar suara sebelum mendapatkan bantuan seorang perawat Islam.

image is not available

image is not available

image is not available

Malah, ada juga staf mendakwa bahunya dicuit di bilik IT namun apabila menoleh, tiada sesiapa di belakang.

image is not available image is not available

JPA Digegar Gangguan Mistik

Susulan kejadian itu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya akan mengadakan sesi pembersihan dan ruqyah malam ini.

“Sesi akan dikendalikan oleh Ustaz Halim daripada Darussyifa melalui pembesar suara selepas Solat Maghrib. Kami mohon semua pihak menyimpan barang berharga dan dokumen terperingkat.
“Semua pintu utama di setiap aras termasuk bilik pegawai, stor dan bilik mesyuarat juga perlu dibuka bagi memberi laluan keluar kepada ‘yang berkenaan’,” jelas kenyataan Unit Keselamatan JPA.

Kenyataan itu turut memaklumkan warga JPA yang berkelapangan dijemput hadir bersama-sama di lobi Blok C1 untuk mengikuti sesi ruqyah berkenaan, manakala kawalan keselamatan di setiap blok akan dipertingkat sepanjang ia berlangsung.

Sumber: Orang Awam, Threads tiramizue

View Original Article