JPA nafi wajibkan semua penjawat awam miliki BMI sihat

LocalPolitics
18 Dec 2024 • 3:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
JPA nafi wajibkan semua penjawat awam miliki BMI sihat. Gambar hiasan

SHAH ALAM - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan atau arahan untuk mewajibkan semua kakitangan dalam sektor itu memiliki indeks jisim badan (BMI) yang seimbang atau sihat mulai tahun depan.

Penafian itu dibuat susulan kenyataan yang dikeluarkan Pengarah Hospital Miri, Dr Jack Wong Siew Yu pada 7 Disember lalu bahawa JPA mewajibkan semua penjawat awa memiliki BMI yang sihat mulai tahun depan.

JPA dalam satu kenyataan memaklumkan, Pekeliling Perkhidmatan Awam (MyPPSM) Ceraian S.R 2.5.1 Perisytiharan Rekod Kesihatan Bagi Membudayakan Gaya Hidup Sihat Pegawai Awam yang diedarkan pada 6 September 2022 lalu adalah menggalakkan semua pegawainya melaksanakan saringan kesihatan kendiri, termasuk mengambil ukuran berat badan dan tinggi bagi melihat status BMI dan diisytiharkan dalam sistem.

"Kami ingin menjelaskan bahawa sebarang kenyataan awam yang melibatkan JPA mestilah mendapat kebenaran rasmi daripada JPA. Selain itu, kami juga ingin mengingatkan agar JPA tidak dijadikan rujukan rasmi tanpa fakta disahkan terlebih dahulu.

"Kenyataan ini dibuat untuk memastikan maklumat yang disampaikan kepada umum adalah tepat dan tidak menimbulkan salah faham.

"JPA kekal komited untuk bekerjasama dengan KKM dalam usaha menangani isu obesiti di kalangan pegawai awam dan menyokong langkah-langkah dalam meningkatkan kesihatan awam secara keseluruhannya.

"JPA percaya penjelasan ini akan menyumbang kepada komunikasi lebih berkesan pada masa akan datang," katanya.

Sebelum ini, Dr Jack dilapor berkata, JPA mewajibkan semua penjawat awa memiliki BMI yang sihat mulai tahun depan.

Kenyataan dibuat itu menimbulkan reaksi pelbagai daripada orang ramai.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved