JPA tawar 8,054 slot Dermasiswa B40

LocalPersonal Finance
14 Oct 2026 • 6:12 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: JPA tawar 8,054 slot Dermasiswa B40

PETALING JAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menawarkan 8,054 slot penajaan menerusi Program Dermasiswa B40 tahun ini bagi membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah melanjutkan pengajian ke peringkat diploma.

Keputusan penajaan bagi lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 boleh disemak menerusi Portal Penajaan JPA di https://penajaan.jpa.gov.my sehingga pukul 5 petang, 22 Oktober ini.

JPA berkata, penajaan itu melibatkan pengajian di universiti awam (UA), politeknik, institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) MARA serta Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) terpilih.

Menurut jabatan itu, bidang pengajian yang ditaja di UA dan politeknik merangkumi kejuruteraan dan teknikal/teknologi, sains, sains sosial/sastera serta seni bina, manakala penajaan di institusi TVET MARA dan ILKA melibatkan program diploma dalam bidang TVET.

“Biasiswa B40 yang diperkenalkan sejak 2016 ialah inisiatif penajaan kerajaan berbentuk dermasiswa bagi meringankan beban kewangan pelajar dan keluarga.

“Ia sekali gus membolehkan mereka memberi tumpuan kepada pembelajaran serta pembangunan kemahiran,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

JPA berkata, pemilihan calon dilaksanakan berdasarkan pencapaian akademik, latar belakang sosioekonomi serta pematuhan terhadap syarat kelayakan dan bidang pengajian yang ditetapkan bagi memastikan penajaan diberikan kepada pelajar yang layak dan memerlukan bantuan kewangan.

Tambah jabatan itu, tumpuan terhadap bidang yang mempunyai prospek kebolehpasaran tinggi turut menyokong usaha melahirkan graduan berpengetahuan dan berkemahiran bagi memenuhi keperluan industri. –UTUSAN

 

The post JPA tawar 8,054 slot Dermasiswa B40 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved