100 pelajar jadi anak angkat Nga Kor Ming

LocalPolitics
25 Sep 2026 • 2:37 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 100 pelajar jadi anak angkat Nga Kor Ming

TELUK INTAN – Seramai 100 orang pelajar sekolah daripada keluarga berpendapatan rendah B40 dalam Parlimen Teluk Intan terpilih sebagai anak angkat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming.

Usaha itu merupakan satu daripada segmen Program Nekad Kecemerlangan Madani (NKM) di Teluk Intan tahun 2026.

Menerusi Program Anak Angkat YB Menteri KPKT 2026 itu, kesemua pelajar terbabit akan menerima bimbingan sahsiah dan motivasi secara berterusan.

“Bimbingan ini bermatlamat membantu mereka mengenal pasti kebolehan diri dan meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Pendekatan ini penting untuk membina keyakinan, memperkukuh potensi dan memastikan kekangan latar belakang keluarga tidak menjadi penghalang kepada kemajuan pendidikan mereka,” katanya ketika berucap dalam majlis perasmian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Horley Methodist di sini hari ini.

Jelas Kor Ming, pemilihan anak-anak angkat itu dilaksanakan oleh pelbagai pihak termasuk KPKT, Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak serta Pejabat Daerah dan Tanah Hilir Perak. – KOSMO! ONLINE

The post 100 pelajar jadi anak angkat Nga Kor Ming appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved