JPJ Boleh Denda RM300! Semua Penumpang Kereta Bakal Diwajibkan Pakai Tali Pinggang Keledar

LocalCars
13 Sep 2025 • 2:49 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal mengetatkan lagi peraturan keselamatan jalan raya, di mana kali ini membabitkan semua penumpang kenderaan, bukan hanya pemandu.

“Klik Sebelum Gerak” bukan saja slogan, JPJ serius nak kuatkuasa pemakaian tali pinggang keledar

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, satu penguatkuasaan khas akan diperkenalkan tidak lama lagi yang mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar untuk semua penumpang, depan dan belakang.

image is not available

Walaupun tarikh rasmi penguatkuasaan belum diumumkan, JPJ kini memberi fokus kepada kempen kesedaran “Klik Sebelum Gerak” yang dilancarkan, semalam, bertujuan untuk mendidik masyarakat tentang pentingnya memakai tali pinggang keledar setiap kali menaiki kenderaan.

Kempen ini adalah langkah awal. Tapi selepas ini, kita akan kuatkuasakan sepenuhnya. Tak pakai, siap kena saman.

Tak pakai? RM300 menanti!

Bagi individu yang degil dan enggan mematuhi arahan ini, kompaun sehingga RM300 boleh dikenakan berdasarkan peraturan Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Tali Pinggang Keledar dan Sistem Kekangan Kanak-Kanak) 1978 (Pindaan 2019).

image is not available

image is not available

image is not available

Datuk Aedy turut menekankan bahawa kempen ini mencerminkan komitmen serius JPJ dalam memastikan setiap perjalanan bermula dengan tindakan paling asas iaitu memakai tali pinggang keledar.

JPJ berharap agar pemakaian tali pinggang keledar menjadi budaya keselamatan nasional, bukan sekadar ikut musim atau hanya ketika ada operasi sekatan jalan raya.

image is not available 2025-09-13 14:29:34

Kes Zara Qairina: Peguam Ibu Arwah Mohon Tangguh Perhimpunan Aman 'Justice For Zara' Hingga Inkues Selesai