
JPJ Buka Tawaran NPI Siri ‘APA’ Bermula Ahad Ini
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka bidaan nombor pendaftaran istimewa (NPI) kenderaan siri ‘APA’ melalui sistem JPJeBid.
Perkara itu dimaklumkan oleh JPJ dalam satu kenyataan hari ini.
Difahamkan, orang ramai boleh membuat bidaan NPI itu melalui Sistem JPJeBid selama lima hari bermula bermula 11 Mei hingga jam 10 malam 15 Mei 2025 ini.
Tarikh keputusan bidaan itu akan diumumkan pada 16 Mei 2025, Jumaat.
Sebarang info mengenai bidaan, boleh layari di https://jpjebid.jpj.gov.my
https://www.facebook.com/jabatanpengangkutanjalanmalaysia/posts/pfbid02egk5BcDhKmKnvbncfnzrpHERDFht4k41mB3n3MfT5VhwA8M4Rz5Ttz84uDgH2FBel
Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan Malaysia melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia bakal menawarkan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri VIPS secara bidaan secara atas talian menerusi Sistem JPJeBid kepada orang awam.
Perkara itu dimaklumkan jabatan itu dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi.
(NPI) Siri VIPS adalah membawa maksud “Visit Impressive Perlis State” bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Pemerintahan Ke-25 Jubli Perak Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Raja Perlis.
Pengenalan NPI VIPS ini juga sebagai salah satu inisiatif Kerajaan untuk mempromosikan “Tahun Melawat Perlis 2024-2025”.
Sumber:
The post JPJ Buka Tawaran NPI Siri ‘APA’ Bermula Ahad Ini appeared first on Siakap Keli.




