“Orang Anggap Sampah, Saya Anggap Harta” – Jangan Buang! Wanita Ini Dedah Kelebihan Kulit Bawang Putih

Home & LivingLifestyle
5 May 2025 • 11:12 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Zaman sekarang, semua orang sibuk buang itu ini. Tapi bagi seorang wanita ini, apa yang orang buang, dia kutip dan jadikan ‘emas’ untuk kehidupan. Dan ya, semuanya bermula dari kulit bawang putih.

Dalam satu perkongsian yang kini viral di media sosial, wanita ini berkongsi bagaimana kulit bawang putih yang dianggap sampah oleh orang lain, sebenarnya jadi harta tidak ternilai buat dirinya.

Banyak rupanya manfaat kulit bawang putih ni..

Menurut wanita tersebut, dia mengumpul sisa dari tumbuh-tumbuhan, seperti kulit bawang, halia, biji peria dan banyak lagi, di mana semuanya digunakan semula untuk manfaat harian.

Antaranya, dia pernah kutip kulit bawang putih goreng daripada seorang pengusaha makanan berpantang dan dia merasakan daripada dibuang begitu saja, dia meminta izin untuk membawa ia balik.

‘Waktu senja saya akan bakar’

Kata wanita terbabit, setiap kali menjelang senja, dia akan hidupkan api dan bakar kulit-kulit bawang putih itu perlahan-lahan. Bukan untuk masak, tapi untuk menghalau nyamuk, halau benda-benda mistik serta jadikan baja semula jadi.

Dalam pada itu, wanita itu turut merasakan bau asap daripada kulit bawang yang dibakar bukan sekadar wangi, malah sedap hingga dirinya seperti mahu mengunyah kulit bawang itu.

Harum, lemak, wangi. Kalau boleh makan, saya nak kunyah-kunyahkan dia!

image is not available 4 hours ago

Nasi Goreng Malaysia Lagi Digemari Negara Luar Berbanding Nasi Goreng Indonesia?