Menjelang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan OPS Pantau di seluruh negara.
Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai ops ini.
Mengenai OPS Pantau
OPS Pantau ialah pemantauan di seluruh negara oleh pihak KPDN bagi memantau kepatuhan peniaga terhadap undang-undang bagi memastikan tiada manipulasi harga atau bekalan sepanjang Bulan Ramadan sehingga menjelang perayaan Aidilfitri nanti.
Pegawai-Pegawai Penguat Kuasa KPDN di seluruh negara akan ditugaskan di lokasi strategik dan tempat sasaran bagi melaksanakan pemeriksaan serta penguatkuasaan dan melindungi pengguna daripada peniaga yang tidak beretika.
Dalam masa yang sama, KPDN akan menjalinkan kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memastikan para peniaga di bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri mematuhi perundangan yang dikuatkuasakan sepanjang tempoh pelaksanaan ops ini.
Untuk OPS Pantau 2025, sebanyak 70,906 pemeriksaan telah dilakukan di seluruh negara dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 390 kes telah dihasilkan dengan nilai rampasan berjumlah RM42,878.52.



Tarikh Pelaksanaan
Tarikh pelaksanaan ops ini mulai 19 Februari sehingga 20 Mac 2026.
Skop Pelaksanaan OPS Pantau
Skop pelaksanaan ops ini adalah seperti:
- Bekalan dan harga barang yang menjadi tumpuan rakyat pada bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri antaranya gula, ayam, telur ayam, minyak masak, tepung gandum, barang basah dan barangan untuk membuat kuih-muih. Langkah ini memastikan barangan yang dijual mempunyai tanda harga, tidak berlaku pencatutan serta barang kawalan dijual mengikut harga diwartakan Kerajaan. Ini termasuk barangan yang tersenarai di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Aidilfitri 2026.
- Premis perniagaan yang mengadakan jualan murah supaya tidak berlaku iklan mengelirukan pengguna.
- Bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri supaya tidak ada aktiviti penjualan barang-barang tiruan;.
- Penjualan secara dalam talian yang bertentangan dengan undang-undang yang berkuatkuasa.

Lokasi Sasaran
Lokasi sasaran sepanjang ops ini adalah:
- Bazar Ramadan
- Bazar Aidilfitri
- Pasar awam
- Pasar basah
- Pasar pagi
- Pasar malam
- Pasar tani
- Pasar raya besar
- Pasar raya
- Pasar mini
- Kedai runcit
- Penjualan secara dalam talian

Undang-Undang & Hukuman
Mana-mana peniaga yang didapati melakukan kesalahan akan dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723] serta boleh dikenakan penalti seperti berikut:
i) Kesalahan gagal meletakkan tanda harga
- Individu: Boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM50,000 atau dikompaun sehingga RM25,000; dan
- Syarikat: Boleh didenda sehingga RM100,000 atau dikompaun sehingga RM50,000.
ii) Kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum
- Individu: Boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000; dan
- Syarikat: Boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000;
iii) Kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal
- Individu: Boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000; dan
- Syarikat: Boleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000.
Cara Membuat Aduan
Untuk membuat aduan, sila berhubung dengan menerusi mana-mana saluran berikut:
- WhatsApp: 019-848 8000;
- Call Centre: 1-800-886-800;
- E-mel: e-aduan@kpdn.gov.my; dan
- Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN
Soalan Lazim
Apakah yang dimaksudkan dengan OPS Pantau?Ops ini merupakan pemantauan di seluruh negara oleh pihak KPDN terhadap kepatuhan peniaga terhadap undang-undang bagi memastikan tiada manipulasi harga atau bekalan sepanjang Bulan Ramadan dan Aidilfitri.
– Bekalan dan harga barang yang menjadi tumpuan rakyat
– Premis perniagaan yang mengadakan jualan murah
– Bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri
– Penjualan secara dalam talian
– Bazar Ramadan
– Bazar Aidilfitri
– Pasar awam
– Pasar basah
– Pasar pagi
– Pasar malam
– Pasar tani
– Pasar raya besar
– Pasar raya
– Pasar mini
– Kedai runcit
– Penjualan secara dalam talian
Aduan boleh dibuat menerusi:
– WhatsApp 019-848 8000
– Call Centre 1-800-886-800
– E-mel e-aduan@kpdn.gov.my
– Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN
Info Lanjut
Untuk info lanjut mengenai OPS Pantau, sila layari laman web KPDN iaitu https://www.kpdn.gov.my/.
Baca juga: Senarai Promo Ramadan 2026 – Diskaun Iftar, Moreh & Sahur



