JPJ Kelantan Kesan 40 Kesalahan Lalulintas Guna ‘Mata Udara’

23 Jan 2023 • 7:48 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Misuari - Oh! Media

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah memaklumkan bahawa sebanyak 40 notis saman telah dikeluarkan atas kesalahan lalu lintas yang dikesan melalui dron sejak hari Ahad.

Beliau berkata kesalahan yang tertinggi dikesan merupakan kesalahan memotong garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan, memandu lebih had laju dan tidak mematuhi lampu isyarat.

Guna dron

image is not available

Menurut Misuari, penggunaan dron membantu mengesan banyak kesalahan oleh pemandu dan berjaya mengelak daripada berlaku kemalangan.

Antara lokasi utama pemantauan menggunakan dron adalah di kawasan kerap berlaku kemalangan termasuk jalan utama negeri Kota Bahru-Kuala Krai-Gua Musang dan Kota Bharu-Pasir Puteh-Jerteh, Terengganu.

JPJ Kelantan menganggap dron sebagai ‘mata udara’ dan menasihatkan pengguna jalan raya tidak melanggar peraturan untuk mengelak dari disaman.

Kredit: Bernama

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media