JPJ Keluarkan 706 Notis Sepanjang Ops Khas Di Negeri Ini

LocalCars
1 Jan 2025 • 7:40 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
jpj

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor mengeluarkan 706 notis atas pelbagai kesalahan sepanjang tujuh hari Ops Khas Gempur Teknikal yang bermula pada 25 Disember lepas. 

Menurut laporan Harian Metro, operasi ini melibatkan pemeriksaan 3,480 kenderaan perdagangan di seluruh negeri.

Kesalahan paling banyak dikesan JPJ

image is not available

Menurut Pengarah JPJ Johor iaitu Azmil Zainal Adnan, notis paling banyak dikeluarkan adalah:

  • Kesalahan teknikal (93 notis).
  • Termasuk lampu dan ekzos.Lebih muatan (90 notis).
  • Tiada lesen vokasional (73 notis).

Beliau turut menyatakan, 428 kenderaan telah diambil tindakan dan lima kenderaan disita. Selain itu, beberapa kesalahan lain turut direkodkan, termasuk:

  • Tayar haus berlebihan (53 notis).
  • Tiada atau tamat tempoh LKM (50 notis).
  • Cermin gelap (45 notis).

Kesalahan seperti nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, ubah suai kenderaan, serta cermin retak juga menjadi perhatian utama sepanjang operasi ini.

Usaha tingkatkan keselamatan jalan raya

image is not available

Azmil berkata, operasi ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pematuhan peraturan keselamatan jalan raya. Ia juga bertindak untuk meminimumkan kadar kemalangan serta kematian akibat nahas jalan raya, khususnya melibatkan kenderaan perdagangan.

Katanya, JPJ akan terus mengambil tindakan tegas berdasarkan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715), dan kaedah-kaedah berkaitan untuk memastikan pemanduan selamat di jalan raya.

#OhmediaNasihat

Pemandu kenderaan perdagangan dan pengguna jalan raya lain disarankan untuk sentiasa memeriksa keadaan teknikal kenderaan, termasuk tayar dan lampu. Elakkan membawa muatan berlebihan dan pastikan dokumen penting seperti lesen vokasional sentiasa diperbaharui. Ingat, keselamatan di jalan raya bermula dengan tanggungjawab kita sendiri!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved