JPJ: Lamborghini Tidak Disita Tapi Hanya Saman Pemandu

LocalCars
10 Apr 2025 • 8:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Guna kereta mewah bernilai RM2 juta tapi tiada lesen memandu!

Itu antara yang dikesan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPJ WPKL) ketika melakukan operasi di ibu negara baru-baru ini.

Hasil pemeriksaan mendapati seorang lelaki warga China yang memandu kereta super sport Lamborghini Aventador rupa-rupanya memandu tanpa lesen.

Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, kenderaan tersebut tidak disita kerana salah seorang penumpang memiliki lesen memandu yang sah.

image is not available

“Jadi, kita hanya keluarkan saman kepada pemandu dan membenarkan penumpang berlesen sah membawa kenderaan tersebut pulang,” katanya ketika ditemui pada operasi khas bersepadu JPJ WPKL di Jalan Bangsar, kelmarin.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan JPJ menyita kereta mewah itu selepas mendapati lelaki warga China itu tidak mempunyai lesen memandu.

Terdahulu, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan bersama teman wanitanya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Damansara Heights selepas menghadiri majlis pelancaran sebuah restoran makanan segera di Kepong.

Menurutnya, dia yang bekerja sebagai pencipta kandungan dan sudah tujuh tahun menetap di Malaysia baru sahaja membeli kenderaan itu pada harga lebih RM2 juta.