JPJ Nasihat Jangan Beli RXZ Dari Thailand, Buat Rugi

LocalCars
10 Feb 2025 • 6:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Jangan beli RXZ seludup dari Thailand!

Itu nasihat Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd. Misuari Abdullah. Ini kerana jika ditangkap, para pemilik RXZ akan berdepan dengan tindakan sedia ada.

Untuk itu, beliau menasihatkan, jika ingin memiliki motosikal idaman, peminat permotoran itu harus membelinya di saluran yang betul.

image is not available

"Setakat ini, masih belum ada kes penyeludupan RX-Z di kesan di Kelantan, tetapi kita mahu nasihatkan peminat jangan ambil risiko dengan beli motosikal itu yang diseludup.

“Jangan buat kerja sia-sia, seronok seketika sahaja, silap haribulan kita rugi lagi teruk," katanya

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar dalam operasi penutup Ops Tahun Baru Cina (TBC) 2025 di Stesen Penguat Kuasa (SPK) JPJ Bukit Jawa, Kelantan semalam.

Dalam ops khas itu, sebanyak 542 notis larangan penggunaan kenderaan (PG 1) dikeluarkan membabitkan kesalahan teknikal membabitkan motosikal.

Antara ubah suai ekstrem yang dibuat adalah pada ekzos, tayar dan 'swing arm' yang boleh mendatangkan bahaya kepada penunggangnya sendiri dan pengguna jalan raya lain.