JPJ Perlis kutip RM122,000 nilai saman tertunggak kenderaan dari Thailand

22 Jan 2025 • 11:01 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

ARAU, 22 JAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis mengutip RM122,000 menerusi penyelesaian 54 saman tertunggak melibatkan kenderaan dari Thailand dalam tempoh tiga bulan bermula Oktober 2024.

Pengarah JPJ Perlis Noraini Mohd Nawi berkata kutipan itu, diperoleh daripada pelaksanaan Op Tunggak bagi memastikan pemandu kenderaan asing menyelesaikan saman tertunggak sebelum dibenarkan keluar dari Malaysia.

“Sepanjang operasi ini, kita menyediakan perkhidmatan kaunter bergerak untuk memudahkan pemandu terlibat menjelaskan saman mereka di lokasi pemeriksaan, sebelum boleh meneruskan perjalanan.

“JPJ Perlis akan terus menggiatkan pemeriksaan di pintu sempadan bagi memastikan pemandu kenderaan asing mematuhi peraturan jalan raya negara ini,” katanya kepada pemberita pada Op Khas Tahun Baharu Cina 2025 peringkat Perlis di Jalan Kuala Perlis-Changlun, dekat sini semalam.

Noraini berkata pelaksanaan Op Tunggak akan diteruskan bagi memastikan pemandu kenderaan asing mematuhi undang-undang jalan raya, termasuk menyelesaikan saman.

Berhubung operasi khas itu, beliau berkata sebanyak 100 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik termasuk terhadap dua lori kerana membawa muatan berlebihan dan sebuah kenderaan Thailand kerana memiliki sembilan saman lampau berjumlah RM2,100, antaranya kerana tiada Permit Edaran Antarabangsa (IPC).

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved