JPJ Pahang Laksana Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Bermula Hari Ini

4 Jun 2025 • 12:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Perhatian buat orang Pahang! Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang melaksanakan Operasi Khas Hari Raya Aidiladha 2025 di seluruh negeri bermula hari ini sehingga 10 Jun depan.

JPJ Pahang berkata, operasi itu memberi fokus kepada sembilan kesalahan utama yang sering dilakukan pengguna jalan raya agar kadar kemalangan dan kematian di jalan raya dapat dikurangkan.

“Antaranya, JPJ Pahang memberi penekanan terhadap kesalahan tidak mematuhi had laju, tidak mematuhi isyarat lalu lintas, memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan memotong di laluan kecemasan.

“Pemeriksaan turut dijalankan terhadap pengangkutan awam bagi memastikan aspek teknikal, jadual perjalanan dan keboleharapan perkhidmatan terjamin,” katanya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.

Sehubungan itu, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pengguna jalan raya yang didapati melakukan kesalahan sepanjang tempoh operasi. –